BM | EN | 中文

Festival Kraf Johor promosi produk sempena Tahun Melawat Malaysia 2020

ibrahim.jpg

 Ibrahim (kiri) mempamerkan kraftangan kayu yang dihasilkan karyawan tempatan pada Festival Kraf Johor (FKJ 2019) di Angsana Mall, hari ini

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 DIS: Festival Kraf Johor (FKJ 2019) yang dianjurkan buat tahun yang kelapan kali ini bertujuan mempromosi penghasilan produk kraf dari seluruh negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 tahun hadapan.

Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Ibrahim Ismail berkata, acara ini dinanti-nantikan oleh para usahawan kraf serta pengunjung dan peminat produk kraf khususnya di selatan tanahair.

“Ini terbukti menerusi laporan pelaksanaan Festival Kraf Johor 2018 yang telah berjaya melibatkan penyertaan seramai 256 usahawan kraf dan menjana pendapatan sejumlah RM7.2 juta serta berjaya menarik kedatangan pengunjung seramai 134,641 orang dari dalam dan luar negara.

Advertisement

“Pada tahun ini, FKJ 2019 mensasarkan sejumlah RM7.5 juta dan jumlah kedatangan pengunjung seramai 135,000 orang,” katanya pada majlis pratonton FKJ 2019 di Angsana Mall disini, hari ini.

Tambah Ibrahim, festival yang berlangsung selama 12 hari ini turut memberi peluang kepada usahawan dari seluruh Malaysia yang terdiri daripada 246 usahawan kraf, tujuh jabatan dan 11 usahawan bagi Sajian Negaraku untuk memasarkan produk mereka.

Katanya festival ini turut menjadi medan bagi pertemuan penggiat industri kraf, pelancongan dan industri berkaitan lain, selain memperkenalkan produk-produk baru ke pasaran domestik dan luar negara.

Advertisement

“Atas penglibatan dan sokongan pelbagai pihak khususnya di peringkat negeri Johor, penganjuran FKJ pernah mendapat pengiktirafan sebagai ‘The Best Domestic Event’ pada tahun 2011,” katanya lagi.

Selain jualan kraf, demonstrasi, padanan perniagaan, pertandingan dan persembahan kesenian, turut ditampilkan jualan produk Kraf Visit Malaysia 2020 dari komuniti yang terlibat dalam lima projek Semarak Kraf dan 13 projek Kraf Komuniti Ku yang dilaksana sepanjang 2019.

Antara segmen menarik yang turut ditonjolkan buat pertama kali pada FKJ 2019 ini adalah perkampungan seni yang menghimpunkan 13 usahawan tukang–tukang kraf perak dari negeri Kelantan.

Advertisement

Pengunjung dapat melihat dengan lebih dekat keindahan dan keunikan seni kraf perak yang dihasilkan, malah turut berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan mengilat semula produk kraf perak milik mereka.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top