JOHOR BAHRU, 14 DIS: Festival Kraf Johor 2019 akan berlangsung pada 20 hingga 31 Disember ini bertempat di Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, Johor.
Festival tersebut bakal menjadi medan kepada para pengusaha kraf tempatan untuk menjana pendapatan dan ia turut dinanti-nantikan oleh para penggemar kraf tempatan dan luar negara.
Program yang berlangsung lebih sepuluh hari itu akan bernula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam turut menyediakan pelbagai aktiviti kepada para pengunjung.
Selain jualan kraf dan pameran dan produk kraf, turut diadakan ialah perkampungan seni kraf perak dari Kelantan, program padanan perniagaan, pendidikan kraf warisan dan pendidikan korporat oleh Institut Kraf Negara
Turut diadakan ialah pertandingan seni ukiran kayu, mewarna batik, pertandingan gasing ligat tradisional, dekorasi buah nanas, fesyen kraf Cilik, FKJ Idol 2019 dan persembahan kesenian.
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan program boleh menghubungi sekretariat penganjuran di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor melalui talian 07-235 0433.
Orang ramai dialu-alukan hadir dan masuk adalah percuma.
Johorkini