BM | EN | 中文

Fernando Rodriguez dan Kei Hirose pemain baru sertai JDT

sukan-jdt.png

Dari kiri; Pengarah Sukan JDT, Martin Prest, Fernando, Kei dan Alistair pada majlis memperkenalkan pemain baharu JDT

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 8 JAN: Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasmi mengumumkan dua pemain baharu, Fernando Rodriguez dan juga pemain Jepun, Kei Hirose bagi menyertai pasukan yang terkenal dengan jolokan ‘Harimau Selatan’.

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengarah Teknikal pasukan JDT, Alistair Edwards pada satu sidang media di ibu pejabat kelab tersebut disini, hari ini.

Ia juga menamatkan desas-desus mengenai penyertaan Fernando yang juga merupakan bekas penyerang pasukan Kedah FA selain pemain dari Jepun, Kei Hirose untuk menyertai pasukan JDT.

Advertisement

Alistair berkata, melalui penyertaan dua pemain tersebut ia memperkukuhkan lagi persediaan pasukan JDT dalam menghadapi beberapa saingan penting di peringkat tempatan dan antarabangsa tahun ini.

“Kita ada beberapa pertandingan yang penting musim ini. Piala FA, Liga Super (MSL) dan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

“Itu adalah keutamaan dan pemain perlu beri tumpuan,” kata Alistair.

Advertisement

Beliau menambah, keluarga JDT teruja untuk memulakan musim baru tahun ini, lebih-lebih lagi dengan dibarisi kombinasi para pemain berpengalaman dan baru.

Namun kata Alistair, pembangunan pasukan adalah penting dan justeru itu memerlukan pemain muda sebagai pelapis.

“Untuk musim ini saya teruja, dan kenapa kita tandatangani (pemain ini) adalah kerana ‘gaya’ JDT yang mahu pastikan pemain-pemain yang muda dan baik dan boleh dibangunkan potensinya,” katanya.

Advertisement

Fernando Rodriguez yang merupakan pemenang kasut emas MSL membantu Kedah memenangi Piala FA 2019, selain menamatkan persaingan Liga Super pada musim lalu pada kedudukan keempat.

Manakala, Kei Hirose yang bermain dengan pasukan Persela di Liga Indonesia musim lalu mengisi slot bagi kuota import pemain Asia, dikenali dengan skil lorongan serta ‘assistance’ yang bagi membantu penyerang pasukan menjaringkan gol.

Kei pada musim lalu turun ke padang sebanyak 34 kali, selain berjaya menjaringkan dua gol untuk Persela.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top