BM | EN | 中文

FENOMENA BUIH SUNGAI SKUDAI SEDANG DISIASAT PIHAK BERKUASA

sungai_skudai_foam_20092019.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 SEPT: Pihak berkuasa kini sedang giat menjalankan usaha bagi menjejaki punca kepada fenomena buih tebal yang sedang berlaku di Sungai Skudai.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar, Tan Chen Choon, pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) kini telah berada di lokasi kejadian dan sedang giat memantau aliran sungai berkenaan.

Tambahnya lagi,  fenomena tersebut hanya berlaku di kawasan berhampiran jambatan yang menghubungkan Johor Bahru menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sahaja.

Advertisement

“Makluman awal mendapati bacaan paras ammonia meningkat tinggi akibat faktor cuaca kering yang merencatkan pencairan (dilution) air sungai berkenaan”.

“Saya akan memaklumkan dari semasa ke semasa sebarang makluman dan perkembangan terkini berhubung kejadian tersebut sebagai makluman umum,” Chen Choon berkata menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut meminta orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkenaan insiden tersebut untuk tindakan segera pihak berkuasa.

Advertisement

Sementara itu, Chen Choon berkata kerajaan negeri Johor tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pemain industri yang gagal mematuhi syarat perlesenan ditetapkan bagi memastikan tiada sebarang pencemaran berlaku di negeri ini kelak

Adun Jementah tersebut berkata demikian susulan daripada tindakan penggantungan lesen operasi syarikat pemprosesan kelapa sawit di sempadan kawasan Kebun Baru-Jementah oleh oleh JAS selama tiga bulan bermula 18 September.

“Pemilik industri berkenaan telah diarahkan untuk memajukan lesen asal dan jadual pematuhan kepada pihak JAS secara serta merta selain dilarang menjalankan operasi pemprosesan sepanjang tempoh penggantungan tersebut”.

Advertisement

“Manakala, pihak Majlis Daerah Tangkak (MDT) turut bertindak menggantung lesen perniagaan syarikat berkenaan sehingga segala syarat dan peraturan perlesenan dipatuhi sepenuhnya”.

Beliau turut menambah yang pihak berkuasa akan mempergiatkan pemantauan dan pemeriksaan premis-premis industri di serata negeri Johor bagi memastikan segala prosedur operasi standard (SOP) selari dengan syarat perlesenan yang ditetapkan.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top