BM | EN | 中文

Fenomena air pasang besar landa Johor dan tiga negeri mulai 4 November

air-pasang-besar.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

KUALA LUMPUR, 31 OT: Fenomena air pasang besar dijangka melanda Johor dan tiga negeri lain iaitu Kedah, Perak dan Selangor selama empat hari mulai 4 Nov depan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Ir Nor Hisham Mohd Ghazali berkata fenomena tersebut akan menjadi lebih buruk jika disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat secara serentak.

Katanya, ia berisiko mengakibatkan banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai.

Advertisement

Menurut Nor Hisham kawasan terbabit di Johor ialah di daerah Batu Pahat dan Pontian.

Manakala di Kedah adalah di Kuala Muda; Perak (Bagan Datuk); Selangor (Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor).

“Orang ramai terutama penduduk di pesisir pantai dinasihatkan supaya berwaspada berdepan dengan fenomena air pasang ini selain memantau keadaan cuaca,” katanya, lapor Bernama.

Advertisement

Selain itu, pengunjung pantai dinasihatkan lebih berhati•hati dengan tidak menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh tersebut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top