FASILITI PEMBUATAN DARI SYARIKAT RUSIA DI BUKA
Jimmy (tengah) bergambar pada sidang media di Hotel Renaissance

FASILITI PEMBUATAN DARI SYARIKAT RUSIA DI BUKA

JOHOR BAHRU, 7 NOV : Syarikat inovatif Rusia, Orgkhim Biochemical Holding telah membuka fasiliti pembuatan baru, Norman Process Oils Malaysia Plant Sdn bhd, di sini.

Fasiliti tersebut akan menghasilkan pelbagai produk perdana dari Orgkhim, untuk minyak pelangkap “hijau” (green extender oils) yang digunakan dalam getah sintetik, tayar dan campuran getah.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, walaupun Rusia bukan rakan dagangan tradisional Johor, tetapi pihaknya mengalu-alukan negara tersebut dan penyertaan mereka di negeri ini.

“Negara Rusia dikenali dengan kepakarannya dalam sains dan teknologi, maka dengan pembinaan fasiliti ini, Johor akan menantikan pelbagai projek lain pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Hotel Renaissance di sini, selepas mengadakan lawatan tapak di fasiliti tersebut di Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif Kanan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Ahmad Khairuddin Abdul Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Orgkhim, Nikolay Khodov.

Orgkhim Biochemical Holding merupakan salah satu pengeluar global terkemuka untuk produk yang berasaskan mesra alam sekitar dan selamat “kimia hijau”.

Jimmy berkata, ini adalah sejajar dengan insentif kerajaan pusat yang mendorong kepada pengkalan perindustrian yang bersih dan “kehijauan”.

“Kerajaan negeri memang mengalakkan syarikat-syarikat di sini untuk menggunakan kaedah yang lebih selamat dan mesra alam sekitar dalam penghasilan produk,” katanya lagi

JohorKini

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )