BM | EN | 中文

Farmasi KKM pandu lalu di enam daerah di Johor

Hospital-Pakar-Sultanah-Fatimah.jpg

Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar antara yang menyediakan perkhidmatan farmasi secara pandu lalu (Gambar Ehsan BH Online)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 APR: Perkhidmatan farmasi secara pandu lalu ditawarkan bagi mengatasi masalah dihadapi pesakit seperti sukar mendapatkan ruang parkir kenderaan, kesesakan di kaunter farmasi serta masa menunggu yang lama di farmasi.

Justeru itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan perkhidmatan farmasi pandu lalu buat masa ini ditawarkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia di enam daerah di negeri Johor.

Di Johor Bahru, fasiliti yang menyediakan khidmat farmasi secara pandu lalu ialah di Klinik Kesihatan Mahmoodiah, Klinik Kesihatan Sultan Ismail, Klinik Kesihatan Taman Universiti dan Pusat Pembekalan Ubat Persiaran Tanjung, Tampoi.

Advertisement

Selain itu khidmat itu turut didapati di Klinik Kesihatan Kulai Besar. Di Segamat, dua lokasi iaitu di Hospital Segamat dan Klinik Kesihatan Segamat.

Di Batu Pahat khidmat farmasi pandu lalu di Hospital Sultanah Nora Ismail, manakala di Muar di Hospital Pakar Sultanah Fatimah dan Klinik Kesihatan Maharani.

Manakala di Kota Tinggi ialah di Klinik Kesihatan Sungai Rengit.

Advertisement

Sementara itu kata Vidyananthan, kepatuhan terhadap pengambilan ubat-ubatan terutamanya bagi penyakit kronik adalah penting bagi menjamin kesejahteraan hidup dan mengawal komplikasi penyakit.

Untuk memudahkan pembekalan ubat susulan kepada pesakit, farmasi di fasiliti KKM turut menawarkan perkhidmatan tambah nilai (Value Added Services; VAS) antaranya termasuk Ubat Melalui Pos (UMP).

KKM menyediakan perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) iaitu pembekalan ubat susulan ke lokasi pilihan pesakit di seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan Pos Laju.

Advertisement

“Pesakit adalah digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan ini bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19.

“Untuk makluman, caj penghantaran perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) adalah ditanggung oleh Kerajaan Malaysia bermula dari 5 April sehingga 30 Jun 2020,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top