BM | EN | 中文

Farkhan pertahan tiga tali pinggang kejuaraan, tumbangkan peninju Tanzania

Muhamad-Farkhan-Mohd-Haron.jpg

Gambar Ehsan The Star TV

Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 DIS: Peninju negara Farkhan Haron mempertahankan tiga tali pinggang kejuaraan dalam Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor dengan menumbangkan lawan dari Tanzania, Pasca Ndomba.

Farkhan menumbangkan lawannya dengan technical knock-out (TKO) pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini, semalam.

Dua tumbukan tepat di ulu hati dan rusuk yang dilakukan Farkhan ke atas juara Afrika itu dalam pusingan ketujuh, menyaksikannya mengungguli pertarungan selama hampir 20 minit dengan kemenangan apabila Ndomba mengangkat bendera putih selepas pengadil melakukan kiraan.

Advertisement

“Saya tidak menjangkakan (menang dengan TKO) kerana saya bermula dengan agak perlahan,” katanya selepas perlawanan itu.

Menurut laporan Astro Awani, Farkhan mengalami kecederaan yang teruk di tangan kanannya.

“Sebab itu saya agak perlahan kerana banyak menggunakan tangan kiri.

Advertisement

“Dalam pusingan ketiga, saya tiada pilihan lain kerana lawan amat agresif dan pukulannya amat kuat,” katanya.

Tambahnya lagi, pihak lawannya juga lebih berpengalaman, membuatkannya untuk nekad melakukan sesuatu.

“Saya cuba bertahan dalam pusingan keenam tetapi dalam pusingan ketujuh, dia cuba menghampiri saya.

Advertisement

“Saya rasa saya dapat melepaskan dua tumbukan yang tepat, satu di ulu hati dan satu di rusuknya.

“Dan itu sahaja, 11-0 (rekod kemenangan KO miliknya),” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top