BM | EN | 中文

Farha hasilkan produk kraftangan berkonsep permainan kanak-kanak

farha-01-scaled.jpg

Farha sedang menyiapkan tempahan para pelanggannya

Advertisement

Ramai dalam kalangan kita kini menjalankan perniagaan, sama ada perniagaan besar yang mempunyai kedai secara fizikal mahupun perniagaan kecil-kecilan dan beroperasi dari rumah secara atas talian.

Pastinya antara persoalan yang timbul sebelum memulakan perniagaan sendiri adalah apakah produk yang ingin diusahakan.

Antara cadangan yang boleh diberi adalah menggabungkan minat peribadi dengan bidang keusahawanan itu sendiri.

Advertisement

Contoh jenis permainan yang ditawarkan

Itu antara yang dilakukan Shahizatul Farha S Rosli, 36, apabila dia menggabungkan minatnya terhadap seni jahitan, barangan permainan kanak-kanak dan bidang keusahawanan.

Shahizatul Farha atau lebih mesra dengan panggilan Farha memberitahu, dia memulakan perniagaan tersebut sebagai satu cara menambah pendapatan keluarga.

Katanya, dia memulakan perniagaan itu beberapa bulan selepas mengambil keputusan berhenti daripada kerja lamanya dua tahun.

Advertisement

“Selepas berhenti kerja, saya mengambil masa juga memikirkan apakah perniagaan yang boleh diusahakan, khususnya perniagaan yang membabitkan produk sendiri.

“Tidak berapa lama selepas itu saya memilih untuk menjual produk permainan interaktif kanak-kanak yang dihasilkan menggunakan teknik jahitan.

“Pada mulanya saya menghasilkan produk seperti play mat, beg alat tulis dan buku permainan sebagai projek peribadi sahaja sebelum berkongsi hasilnya di laman sosial,” katanya yang pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan akhbar sebelum ini.

Advertisement

Contoh jenis permainan yang ditawarkan

Ibu kepada tiga orang anak itu turut memberitahu, selepas berkongsi gambar produk yang dihasilkan untuk anak-anaknya di media sosial, dia mula menerima permintaan daripada rakan-rakan.

“Bermula daripada itu saya mencuba menjual produk permainan kraf kanak-kanak yang dihasilkan sendiri ini di laman Facebook dan Instagram dengan jenama The Little Z.

“Alhamdulillah walaupun masih baharu dalam bidang ini, sambutan daripada rakan-rakan serta individu lain amat menggalakkan.

Advertisement

“Antara produk yang paling digemari adalah play mat dan buku permainan kanak-kanak berbentuk interaktif yang boleh dimain mereka untuk mengisi masa lapang tanpa menggunakan gajet,” ujarnya.

Antara play mat yang dihasilkan

Antara keunikan produk yang dihasilkan Farha ini adalah dia turut mengambil input dan kehendak pelanggan dalam menghasilkan sesuatu produk.

Ini bermakna, pelanggan boleh memilih warna yang hendak digunakan, corak apa yang digemari anak-anak mereka selain turut meletakkan nama di atas produk berkenaan.

Advertisement

Antara play mat yang dihasilkan

Produk jenama The Little Z juga dijual dengan harga yang sangat berpatutan dimana ia bermula dengan harga serendah RM25 sebelum meningkat mengikut permintaan pelanggan.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan produk kraftangan berbentuk permainan kanak-kanak ini boleh hubungi Farha di laman Facebook dan Instagram The Little Z.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top