BM | EN | 中文

FAMA buka lima pasar tani kekal di Johor

Fama-Johor.jpg

Gambar Hiasan (Ehsan FB FAMA Johor)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 APR: Lima pasar tani kekal telah dibuka di Johor oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Vidyananthan Ramanadhan.

Katanya, langkah tersebut bertujuan bagi membantu para petani di negeri ini memasarkan hasil tanaman mereka selain mengatur jualan antara petani dan pemasar serta memperkasa aktiviti jualan secara dalam talian.

Lima Pasar Tani Kekal untuk beroperasi di negeri Johor ialah di:

Advertisement

1. Pasar Tani Kekal Datin Halimah dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang (dibuka setiap hari kecuali Selasa)

2. Pasar Tani Kekal Permas Jaya mulai jam 7.00 pagi hingga 3.00 petang (dibuka setiap hari kecuali Isnin)

3. Pasar Tani Kekal Bukit Gambir dari jam 7.00 pagi hingga 3.00 petang (dibuka setiap hari)

Advertisement

4. Pasar Tani Kekal Endau dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (dibuka setiap hari)

5. Pasar Komuniti & Karavan (PAKAR) Mersing dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu)

Dalam pada itu kata Vidyananthan, Fama Johor melaksanakan belian terus dari ladang, membantu mengatur jualan antara petani dan pemasar serta memperkasa aktiviti jualan secara dalam talian.

Advertisement

“Semua produk pertanian ini akan dijual di Pasar Tani Segar Terkawal yang dilaksanakan di semua Pasar Tani Kekal di negeri ini selain turut dipasarkan ke luar negeri Johor dan juga menerusi jualan dalam talian di www.agrobazaaronline.com.my.

“Bagi memudahkan pembelian, pihak FAMA menyediakan kemudahan pembelian secara dalam online dan tempahan awal (pre-order).

“Pengguna boleh mengunjungi laman web atau dengan memuat turun (download) aplikasi AgrobazaarOnline untuk membuat pembelian,” katanya lagi.

Advertisement

ADUN Kahang itu berkata, platform secara dalam talian (online) merupakan antara kaedah yang digunakan untuk memudahkan pengguna mendapatkan bekalan dengan kualiti yang terjamin tanpa perlu risau mengenai situasi semasa, terutamanya dalam tempoh PKP ini.

“Platform ini juga akan menggalakkan lebih ramai petani dan usahawan untuk memasarkan hasil pertanian, seterusnya dapat menjimatkan kos operasi, dapat berdikari, selain memiliki pasaran yang lebih luas,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top