BM | EN | 中文

Fakulti dengan tawaran kursus pembangunan e-sukan akan ditubuh di Unisel – Exco

Wujud-fakulti-di-Unisel-usaha-majukan-e-sukan.jpg

Mohd Khairuddin Othman menyampaikan hadiah tempat pertama kepada Mohd Zainal Saari sambil diperhatikan oleh Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Profesor Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman dalam majlis perasmian The Tomanz Tangkap dan Lepas di Unisel kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 18 September 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

BESTARI JAYA, 19 SEPT: Kerajaan Selangor meneruskan usaha memajukan e-sukan melalui rancangan penubuhan fakulti sukan di Universiti Selangor (Unisel).

Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata fakulti tersebut akan menawarkan kursus pembangunan e-sukan kepada penggemar sukan dalam talian.

“Unisel akan menjadi tempat yang mana pemain (e-sukan) belajar dan mendapat sijil pengiktirafan sebelum ke peringkat Sukan Malaysia (Sukma) atau antarabangsa.

Advertisement

“Kita berharap kerjasama (mewujudkan fakulti sukan) dengan Unisel dapat ditandatangani dalam masa terdekat kerana mahu e-sukan lebih maju seterusnya menjadi negeri pertama mewujudkan modul ini,” katanya, lapor SelangorKini.

Mohd Khairuddin berkata demikian selepas merasmikan pertandingan memancing tangkap dan lepas ikan toman sempena pembukaan tasik The Tomanz di kampus Bestari Jaya di sini semalam.

Beliau berkata ketika ini sebanyak 30 peratus daripada empat fasa inisiatif pembangunan e-sukan di Selangor berjaya dilaksanakan.

Advertisement

Menurutnya, fasa tersebut ialah membuka peluang dan latihan kepada belia bermain sukan dalam talian.

“Sekarang adalah fasa untuk pemain e-sukan dengan pendidikan dan akan dihantar ke sini (Unisel). Apa yang penting, bidang ini bukan lagi dilihat sebagai perkara sampingan,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top