BM | EN | 中文

Fahami kesulitan, warga Singapura kongsi barangan keperluan dengan rakyat Malaysia

tambak-johor.jpg
Advertisement

SINGAPURA, 5 NOV: “Kami juga pernah berasa susah.. tidur beralaskan kotak… jadi kami memahami apa yang dilalui sebahagian rakyat Malaysia di sini.”

Demikian kata-kata Kamisah Sooki, seorang warga Singapura yang bermurah hati mengagihkan barang keperluan harian kepada rakyat Malaysia di sini.

Beliau dan suaminya telah meletakkan barangan tersebut di hadapan pintu rumahnya sekitar jam 8 malam, sebelum mewar-warkan mengenai perkara itu di laman Facebook Malaysia-Singapore Border Crossers, yang mempunyai hampir 70,000 ahli.

Advertisement

Kamisah Sooki, seorang warga Singapura yang bermurah hati mengagihkan barang keperluan harian kepada rakyat Malaysia

“Kepada rakyat Malaysia di Singapura.. Sesiapa yang sudi boleh ambil sahaja yang perlu di depan pintu rumah saya. Saya dah sediakan plastik seberapa banyak yang kalian mahu ambil,” catat beliau di laman Facebook bersama alamat rumahnya.

“Ada beberapa keping piza untuk anda malam ni ye,” tulisnya dengan menggunakan akaun Facebooknya Karlmizah Nordy semalam.

Kamisah, 55, menambah lagi barangan makanan tersebut selepas satu jam, apabila mendapati tindakannya itu menerima sambutan yang baik.

Advertisement

Ketika dihubungi Kamisah dan suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata, beliau juga terpisah dengan empat anaknya di Malaysia sejak pergerakan di sempadan dua negara diperketat akibat COVID-19, sejak Mac lalu.

“Saya mempunyai rumah sewa di Kampung Melayu Majidee. Setiap minggu saya akan ke Johor Bahru. Ketika ini, anak bongsu menetap di situ.

“Setiap tiga bulan saya akan menziarahi tiga lagi anak saya yang masing-masing (berada) di Kota Bharu, Kelantan; Kulim, Kedah; dan Kota Tinggi, Johor.

Advertisement

“Jadi saya amat memahami perasaan terpisah dengan keluarga. Saya pun rindukan anak-anak dan cucu-cucu,” katanya yang ketika ini menyewa di Blok 180C, Marsiling Road.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top