BM | EN | 中文

EXPO JOM NIAGA JELAJAH JOHOR 2020 DI 11 DAERAH

IMG-20191125-WA0020.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 NOV: Persatuan Peniaga dan Penjaja Bazar Siang dan Malam Negeri Johor akan menganjurkan Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 di sepuluh daerah di negeri ini bermula Januari sehingga Disember 2020.

Setiausaha persatuan tersebut, Hairol Nazri Hamdan berkata, ekspo tersebut merupakan program sokongan kepada usaha kerajaan negeri dalam usaha mempromosilkan Tahun Melawat Johor 2020, tahun hadapan.

“Konsep ekspo ini adalah berbentuk kebudayaan, pelancongan dan gaya hidup. Di samping itu, kami juga mengusahakan konsep ‘sambil berniaga, sambil menderma’.

Advertisement

“Ini kerana kita juga ada membawa bersama Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor dan juga Yayasan Johor Darul Takzim (JDT).

“Sasaran kami ialah hasil 10 peratus daripada pendapatan sewaktu ekspo berlangsung akan disalurkan ke tabung yayasan kanser, Insya-Allah,” kata Hairol pada sidang media di Seven Oaks Cafe, dekat Taman Pelangi, hari ini.

Menurut Hairol, program tersebut turut mendapat kerjasama beberapa rakan strategik, 15 agensi kerajaan dan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor.

Advertisement

Antara aktiviti menarik yang bakal diadakan pada ekspo tersebut antaranya adalah acara larian amal ‘Jiwa Merah Biru’, ‘fun ride’ berbasikal pada waktu malam, pameran piala-piala kemenangan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan persembahan kebudayaan selain artis tempatan.

Sementara itu, wakil Yayasan JDT, Siti Amira Samijan berkata, antara tarikan menarik pada ekspo ini ialah, peserta larian amal bakal mendapat hadiah istimewa sekiranya menyertai lima pusingan dari keseluruhan jelajah tersebut.

“Bagi sesiapa yang mendapatkan lima lokasi diantara 11 lokasi tersebut, kita akan beri satu pin eksklusif ‘Master Running 2020’.

Advertisement

“Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai, yuran pendaftaran sebanyak RM31 bagi penyumbang Yayasan JDT dan RM36 bagi mereka yang bukan penyumbang,” kata Siti Amira.

Tambahnya, melalui yuran pendaftaran tersebut, kutipannya akan disalurkan kepada Pusat Dialisis Yayasan JDT, selain tabungan bagi seumbangan aktiviti sosial, pendidikan dan kebajikan.

Dijangkakan lebih 100 ruang pameran dan usahawan bakal dibuka pada pusingan pertama Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020 di Stadium Sultan Ibrahim, Muar pada 29 Januari hingga 2 Februari depan.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top