BM | EN | 中文

Exco sokong hasrat Sultan Ibrahim, pejabat konsulat jeneral China perlu dibuka di Johor

Chong_Fat_Full_Adun_Pemanis.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 OKT: Pembukaan pejabat Konsulat Jeneral China di negeri ini dapat meningkatkan sektor perdagangan dan memperkukuhkan hubungan dua hala Johor dengan China.

Exco Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Dr Choong Fat Full berkata, langkah itu turut menyokong hasrat dan saranan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengenai perkara itu semenjak ia dicadangkan pada awal 2018.

Kata Dr Chong, selain hubungan perdagangan, sektor pelancongan dan kebudayaan turut dijangka mendapat manfaat besar daripada pembukaan pejabat itu kelak.

Advertisement

“Sebagai Exco Kerajaan Johor, saya amat komited untuk mendokong hasrat dan saranan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengenai perkara ini yang pernah dibangkitkan pada tahun 2018.

“Justeru, saya telah mengambil inisiatif dengan mengadakan perjumpaan bersama Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah pada 4 Oktober lalu untuk membuat susulan mengenai cadangan pembukaan pejabat Konsulat Jeneral China di Johor,” katanya, lapor Sinar Harian.

Pada 2 April 2018, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mencadangkan penubuhan Pejabat Konsulat Jeneral China di sini dalam usaha memperkukuhkan hubungan dua hala antara Johor dan republik itu yang sekian lama terjalin.

Advertisement

Cadangan baginda disambut baik Duta Besar China Ke Malaysia, Bai Tian, ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Sultan Ibrahim di Kelab Polo Diraja Johor, Istana Pasir Pelangi ketika itu.

Seterusnya pada 2 Februari lalu, Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing dilaporkan memberikan maklum balas bahawa kerajaan China sedang mengkaji dan meneliti saranan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top