BM | EN | 中文

EXCO: SKIM PRIHATIN JOHOR BANTU PEMILIKAN RUMAH RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH

3A5BC216-C790-443A-9BF9-BD8FB2353D5C.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 OGOS: Kerajaan Pakatan Harapan Johor sedang merangka skim perumahan baharu bagi membantu keluarga  berpendapatan rendah dalam kelompok B-40 memiliki rumah, menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad.

Dzulkefly berkata skim yang dinamakan ‘Prihatin Johor’ tersebut yang berbentuk penyediaan pinjaman perumahan telahpun dikemukan ke peringkat mesyuarat kerajaan negeri dan sedang menanti kelulusan.

Menurutnya, kerajaan negeri merancang skim tersebut dengan mengambil kira keadaan golongan sasaran, iaitu isu rumah yang berpendapatan RM4,000 kebawah, yang sukar mendapatkan pinjaman perumahan dari mana-mana bank komersial.

Advertisement

“Kita akan menggunakan dana sendiri untuk menyediakan skim ini iaitu dana yang diperolehi menerusi pelepasan lot rumah Bumiputera yang kita caj sebanyak 7.5 peratus serta bayaran penalti daripada pemaju yang gagal menyediakan bilangan Rumah Mampu Biaya sebagaimana yang ditetapkan.

“Ketika ini caj denda (penalti) adalah sebanyak RM40,000 seunit bagi pembayaran secara lump sum dan RM60,000 seunit bagi bayaran ansuran sebanyak empat kali dalam tempoh dua tahun,” Dzulkefly dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

Beliau yang juga Adun Kota Iskandar berkata demikian kepada wartawan selepas merasmikan siri ketiga Pameran Hartanah MyRumah, di banggunan Komtar JBCC, semalam.

Advertisement

Menjelaskan lebih lanjut tentang skim Prihatin Johor, Dzulkefly berkata kerajaan negeri mencadangkan kadar bayaran bulanan yang rendah bagi peminjam.

“Melalui skim ini, kemungkinan bayaran balik pinjaman yang dicadangkan adalah dalam tempoh 20 tahun dengan bayaran anggaran sebanyak RM200 sebulan.”

 

Advertisement

Sumber: Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top