BM | EN | 中文

Exco Selangor cadang wujudkan hari khas kutip sampah kitar semula di perumahan bertingkat

Exco-Selangor-cadang-wujud-hari-khas-kutip-sampah-kitar-semula-di-kawasan-strata.jpg

Majlis Menandatangani MoU antara Majlis Bandaraya Shah Alam dan Nestle Products Sdn Bhd Bersama KPT Recycle Sdn Bhd yang disempurnakan Datuk Bandar Shah Alam Dato Zamani Ahmad Mansor bersama Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Juan Aranols dan Pengarah KPT Recycle Sdn Bhd Lee Chay Chen, disaksikan EXCO Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Rodziah Ismail di Wisma MBSA pada 26 Oktober (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 26 OKT: Kerajaan Negeri disaran mewujudkan satu hari khas bagi kerja kutipan barangan kitar semula di kawasan perumahan strata atau bertingkat.

Exco Perumahan dan Kesejahteraan Bandar, Rodziah Ismail berkata usaha itu perlu bagi mendidik penduduk lebih berdisiplin bagi mengasingkan barangan terpakai berkenaan.

“Tempoh kutipan sampah kitar semula sekarang tiga kali seminggu atau mungkin secara harian tetapi kita cadang wujudkan satu hari khas.

Advertisement

“Ia supaya dengan cara itu mungkin mereka sudah tahu dan bersiap sedia pada hari apa perlu kumpulkan bahan tersebut,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bersama Nestlé Products Sdn Bhd dan KPT Recycle Sdn Bhd sempena program Kitar Semula Perumahan Strata di Wisma MBSA semalam.

Pada masa sama, Rodziah menggalakkan aktiviti pengasingan barangan tersebut dilakukan bermula dalam kalangan suri rumah terlebih dahulu memandangkan golongan itu kerap menguruskan isi rumah.

Advertisement

“Pengasingan sampah ini perlu bermula daripada suri rumah supaya mereka tahu kaedah mengasingkannya mengikut kategori sekali gus bersama mendidik ahli keluarga yang lain,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top