BM | EN | 中文

Exco Selangor cadang tempatkan busker di kawasan pelancongan

Kumpulan-Caliph-Buskers-membuat-persembahan-pada-program-Vaksin-Selangor-Selvax-di-pusat-pemberian-vaksin-PPV-Tropicana-Gardens-Mall-Petaling-Jaya-pada-21-Ogos-2021.jpg

Kumpulan Caliph Buskers membuat persembahan pada program Vaksin Selangor (Selvax) di pusat pemberian vaksin (PPV) Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada 21 Ogos 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 3 NOV: Cadangan menempatkan pemuzik jalanan atau busker di kawasan pelancongan sedang dibincangkan negeri bersama Tourism Selangor.

Exco Kebudayaan dan Warisan Selangor, Borhan Aman Shah berkata, langkah itu bagi membantu golongan berkenaan yang terkesan akibat Covid-19 menjana semula pendapatan.

“Perbincangan masih dijalankan dan mungkin buskers ditempatkan di kawasan pelancongan awal tahun depan,” kata Borhan, lapor SelangorKini.

Advertisement

Kerajaan Selangor sebelum ini memperuntuk sejumlah RM250,000 bagi membantu pemuzik yang berdaftar bawah kelab atau persatuan negeri yang terjejas akibat pandemik.

Usaha melalui Kita Buskers Selangor dimulakan dengan menempatkan mereka di pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih termasuk empat PPV mega bawah persekutuan pada 15 Ogos.

Seramai 720 pemuzik jalanan dibantu melalui projek tersebut dengan peserta menerima sejumlah wang sagu hati selain kutipan awam bagi meneruskan kehidupan.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top