BM | EN | 中文

Exco Selangor cadang gubal akta pencen atlet, elak hidup susah

Exco-Sukan-Selangor-Mohd-Khairuddin-Othman.png

Mohd Khairuddin Othman (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 18 NOV: Kerajaan disaran menggubal akta pencen atlet untuk membantu kehidupan mereka selepas bersara, kata Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman.

Katanya perkara tersebut wajar diteliti susulan banyak pendedahan mengenai nasib bekas jaguh sukan negara hidup susah.

“Setakat ini hanya pemenang pingat Olimpik sahaja yang layak menerima skim pencen, sepatutnya manfaat ini juga diterima atlet yang berjaya dalam pelbagai kejohanan lain.

Advertisement

“Kita mahu atlet yang pernah bertanding di pentas dunia mendapat pembelaan sewajarnya, kita tidak mahu mereka hidup susah sehingga ada jual pingat,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau pada program bual bicara anjuran Suara Merdeka hari ini berkata, penggubalan akta itu juga menggalak anak muda menceburi bidang sukan secara serius kerana ia memberi lebih jaminan selepas bersara.

Menerusi Skim Imbuhan Tetap Olimpik dan Paralimpik Majlis Sukan Negara, hanya pemenang pingat Olimpik dan Paralimpik layak menerima elaun bulanan seumur hidup.

Advertisement

Pemenang pingat emas menerima wang tunai RM1 juta di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) dan pencen bulanan RM5,000; pemenang pingat perak menerima RM300,000 dan pencen bulanan RM3,000 manakala pemenang pingat gangsa menerima RM100,000 serta pencen RM2,000 sebulan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top