BM | EN | 中文

EXCO: SEKTOR KOPERASI JOHOR DIJANGKA RAIH PULANGAN MELEBIHI RM1 BILLION BAGI 2019

WhatsApp-Image-2019-08-29-at-3.37.11-PM.jpeg

JOHOR BAHRU, 29 OGOS: Kerajaan negeri Johor telah memperuntukkan geran pembanggunan bernilai RM1 juta dalam usaha meningkatkan daya saing dan potensi koperasi-koperasi dalam negeri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali, kerajaan juga mengiktiraf sektor tersebut yang dilihat dapat memainkan peranan besar dalam pembangunan sosio-ekonomi negara.

“Sektor koperasi negeri Johor terus menunjukkan kadar pertumbuhan positif dari segi pertambahan bilangan koperasi sebanyak 2.41 peratus modal syer, pertambahan aset sebanyak 31.11 peratus dan peningkatan perolehan sebanyak 10.20 peratus” katanya lagi.

Sheikh Umar bercakap demikian dalam ucapan perasmian program ‘Young Entrepreneur Strive for Succes (YESS)’ peringkat negeri Johor, hari ini.

Beliau yang juga Adun Paloh berkata sektor koperasi dalam negeri turut mencatatkan peningkatan yang amat memberangsangkan.

“Menjelang hujung tahun ini, kita menjangkakan perolehan koperasi akan melebihi RM1 bilion, ianya merupakan sebuah sejarah kepada gerakan koperasi negeri Johor”.

Sheikh Umar turut berkata, sehingga 31 Disember 2018, terdapat sebanyak 1,403 buah koperasi berdaftar dalam Johor dengan kesuluruhan aset berjumlah RM982.57.

 

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top