BM | EN | 中文

Exco Komunikasi Johor sasar tempoh respon pantas 

pelancaran-johorfm.jpg

Dzulkefly memotong kek sempena majlis pelancaran sambutan ulang tahun ke-55 Johor FM di Johor Bahru, hari ini

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 FEB: Suatu mekanisme respon pantas bagi menyampaikan maklumat kepada orang ramai sedang dirangka dan perkara itu merupakan antara sasaran yang diletakkan oleh Exco Komunikasi dan Multimedia negeri Johor, Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, perkara tersebut antara yang dibincangkan dalam pertemuan exco-exco komunikasi negeri dari seluruh negara bersama menterinya, Gobind Singh Deo, di Putrajaya, baru-baru ini.

“Antara perkara yang ditekankan adalah apabila berlaku sesuatu isu yang berkaitan sama ada kerajaan negeri dan pusat, kita akan tampil dengan penjelasan secepat mungkin.

Advertisement

“Dunia sekarang ini dunia siber, dunia media sosial. Benda diviral (tular) dalam seminit berpuluh-puluh, bahkan beribu (dikongsi). Maknanya kita mesti tampil ke hadapan dengan lebih cepat.

“Satu mekanisme bagaimana untuk menjayakan proses untuk memberi maklumbalas secara lebih pantas dan tepat supaya kita tidak membiarkan rakyat dalam keadaan ternanti-nanti apa yang sebenarnya berlaku.

“Kita akan umumkan dalam masa terdekat dan saya rasa ia mampu untuk mengatasi masa respon kepada orang ramai,”katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian dalam wawancara bersama Johor FM pada slot ‘Hello Permata’ sempena majlis pelancaran sambutan ulang tahun ke-55 tahun Johor FM, hari ini.

Dzulkefly berkata, hubungan antara agensi penyiaran seperti Johor FM dengan rakyat perlu lebih intim dan mesra melalui jalinan program langsung di peringkat akar umbi.

Katanya, selain menyalurkan maklumat, dalam masa sama pihak kerajaan dapat mendengar keluhan, rungutan dan isu-isu yang dibincangkan oleh rakyat terbanyak.

Advertisement

“Kadang-kala kita gagal mendengar isu-isu mereka. Biasanya mereka diwakili ahli majlis, ketua kampung atau KHM (Komuniti Harapan Malaysia).

“Tetapi kalau kita mendengar terus daripada rakyat, ini satu peluang yang sangat baik untuk kita menyelami masalah yang mereka alami dan dengan itu kita juga akan dapat pertingkatkan perkhidmatan kita,”katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top