BM | EN | 中文

EXCO: KEAMANAN BERMULA DENGAN DIRI SENDIRI, TAK USAH PANDANG YANG LAIN

173572ee-75cb-46ac-8aaa-fd7ff4d14052.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 SEPT: Budaya memelihara keamanan harus disemai dalam diri sendiri tanpa perlu melihat kepada yang lain untuk memulakannya, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Johor, Dzulkefly Ahmad.

Menurutnya, matlamat mencapai keamanan ini takkan dapat dicapai dengan sekadar bergantung kepada kerajaan tanpa bantuan organisasi bukan kerajaan.

“Maka inilah peluang bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada kalangan masyarakat seperti Soka Gakkai Malaysia (SGM) memainkan peranan menyampaikan mesej-mesej positif kepada masyarakat,” kata Dzulkefly.

Advertisement

Dzulkefly berkata demikian ketika mewakili Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal untuk merasmikan acara larian ‘Run for Peace 2019’ anjuran SGM, di Kota Iskandar, pagi tadi.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor Tan Chen Choon, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) Datuk Badrul Hisham Kassim dan Presiden SGM Michael Kok Fook On.

Acara larian pagi tadi, yang disertai lebih 12,000 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat, merupakan acara kemuncak ‘Bulan Keamanan SGM’ yang disambut setiap September.

Advertisement

Dzulkefly turut menambah bahawa kerajaan negeri menghargai komitmen SGM dalam membentuk sebuah dunia yang aman tanpa sebarang ancaman.

Sementara itu, Micahel Kok berkata SGM akan terus beriltizam dan mempercayai keamanan dunia akan dapat dicapai selagi manusia mempunyai kesedaran dan berusaha gigih menyemai nilai-nilai keamanan.

Untuk rekod, pada 8 Septemper 1957, presiden kedua Soka Gakai, Jose Toda, telah mengemukakan ‘Deklarasi Pemansuhan Senjata Nuklear’ di Jepun dan menggelarkan senjata tersebut sebagai “satu kejahatan mutlak” yang mengancam hak manusia untuk hidup di bumi.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top