BM | EN | 中文

Exco Johor saran beri duit raya secara online

tosrin-jarvanthi-exco-agama-islam-johor.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 MEI: Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, amalan tradisi pemberian duit raya tahun ini disarankan untuk dibuat secara perbankan online.

Dalam garis panduan sambutan Hari Raya Aidilfitri 1441 Hijrah yang dikeluarkan hari ini, langkah itu merupakan kaedah terbaharu yang bersesuaian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Pemberian duit raya dalam program ziarah menziarahi siganti dengan perbankan online

Advertisement

“Pemberian kuih raya diganti dengan penghantaran melalui pos atau (perkhidmatan) Grab.

“Beberapa amalan tradisi ini boleh dilaksanakan secara kreatif dengan penggunaan teknologi maklumat dan kemudahan yang sedia ada,” kenyataan tersebut dipetik.

Sertai kumpulan telegram Johorkini untuk mengetahui isu-isu semasa di Johor

Advertisement

Selain itu menurut garis panduan tersebut, program marhaban dari rumah ke rumah diganti dengan takbir raya di rumah kediaman masing-masing.

Manakala ziarah ke pusara tidak dibenarkan dan diganti dengan majlis surah Yasin dan tahlil selepas solat sunat Aidil Fitri dan khutbah Hari Raya.

“Program rumah terbuka, ziarah menziarahi dan bermaafan sesama keluarga terdekat, saudara-mara, sahabat handai dan masyarakat Islam diganti dengan menggunakan alat telekomunikasi dan media sosial.

Advertisement

“Bagi sebarang bentuk pemberian atau sumbangan, hendaklah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia,” tambah kenyataan tersebut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top