BM | EN | 中文

EXCO JOHOR SAHKAN TIADA PERMOHONAN PROJEK MEGA BAUKSIT DI KOTA TINGGI

jimmy-puah-bukit-batu.jpg

Adun Bukit Batu, Jimmy Puah

Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 OGOS: Kerajaan negeri Johor hari mengesahkan tiada sebarang permohonan dari mana-mana syarikat untuk menjalankan projek mega perlombongan bauksit di Johor seperti yang diwar-warkan sebuah syarikat swasta sebelum ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata pihaknya juga telah menyemak dengan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor serta Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri berhubung perkara tersebut, lapor Berita Harian.

Jimmy berkata kedua-dua jabatan juga mengesahkan tiada sebarang permohonan bagi perlombongan bauksit di Kota Tinggi.

Advertisement

“Sehingga kini kerajaan Johor tiada maklumat mengenai pelaburan ini (projek mega perlombongan bauksit di Kota Tinggi).

“Maka kerajaan Johor mengambil pendirian khuatir pengumuman syarikat ini dan harap ia bukan satu tindakan untuk mengelirukan orang awam demi kepentingan sendiri,” beliau dipetik sebagai berkata.

Kelmarin, BH Online, portal berita Berita Harian melaporkan The One Minerals Mining Sdn Bhd (TOMM) dan firma pelaburan Hong Kong, Via East West Capital (VEWC) melabur AS$350 juta (RM1.47 bilion) untuk melombong 2,833 hektar bauksit di Johor bagi tempoh lima tahun akan datang.

Advertisement

Menurut Pengarah Urusan TOMM, Looi Kam Yong, projek di atas tanah milik FELDA di Kota Tinggi itu dijangka bermula dalam tempoh empat hingga enam bulan akan datang.

Kam Yong juga berkata projek tersebut akan dibahagikan kepada lima bahagian, yang mana bahagian pertama merangkumi pelaburan bernilai AS$50 juta (RM210 juta) membabitkan kawasan keluasan 404.7 hektar, sambil menambah projek yang mendapat kelulusan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) oleh JAS itu bakal mewujudkan 100 hingga 150 pekerjaan baharu bagi setiap 404.7 hektar kepada penduduk setempat.

Pengarah Besar FELDA, Datuk Othman Omar bagaimanapun hari ini dilaporkan berkata pihaknya tidak menerima sebarang permohonan bagi tujuan tersebut.

Advertisement

Pengumuman projek tersebut menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak termasuk wakil rakyat dalam daerah tersebut yang tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan projek tersebut.

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top