BM | EN | 中文

Exco Johor “kagum” lakonan Syed Saddiq

onn-saddiq.png

KLUANG, 15 JAN: Exco Belia dan Sukan Johor, Dato Onn Hafiz berkata dia kagum dengan kebolehan “lakonan” ahli parlimen Muar yang dikatakan mengeksploitasi bencana banjir di Johor untuk meraih simpati bagi kepentingan politik peribadi.

Kata Onn kemahiran untuk mengeksploitasi pemikiran rakyat Malaysia terutamanya anak muda berlaku sebelum PRU ke 14 lagi.

“Pelbagai janji dibuat sebelum PRU seperti pendidikan percuma, tak perlu bayar PTPTN, peluang pekerjaan untuk anak muda, tol percuma dan macam macam lagi janji bulan dan bintang ditabur.

“Akhirnya bila kuasa sudah ditangan, tertunai tak segala janji? Janji entah ke mana, pelbagai alasan mengelak pulak diberikan.

Sekarang dia nak tunjuk yang dia masih juara rakyat dengan harapan rakyat dah lupa dengan gelagat dan kelaku mereka yg memang suka menanam tebu di bibir mulut,” kata Onn dalam satu kenyataan.

Ujar Onn lagi, parti MUDA pernah turun padang sebelum ini tetapi Syed Saddiq tidak kelihatan semasa banjir berlaku di Johor seawal 31 Disember tahun lepas

“Terang lagi bersuluh, Syed Saddiq baru sahaja turun ke Johor untuk kononnya membantu rakyat Johor. Bila dah turun terus buat drama.

Bukan main dia bersandiwara untuk mengaburi mata rakyat Johor, terutamanya di Muar, yang dia kononnya sudah sedari awal membantu, padahal realitinya dia baru je sampai ke situ,” kata Adun Layang-Layang itu lagi.

Tambahnya, ribuan sukarelawan dan puluhan NGO telah tampil membantu di Johor sejak awal banjir namun tidak ada yang melakukan ‘drama’ seperti Syed Saddiq.

“Semua orang simpati dengan mangsa banjir, bukan awak seorang. Tak lah bersandiwara dan menangguk di air keruh.

“Apapun, anda benar-benar layak menerima Oscar untuk lakonan kelas pertama anda bro,” kata Onn lagi.

Onn berkata, rakyat Johor terutamanya di Muar membuka mata dan hati melihat sandiwara politik diwayangkan Ketua parti MUDA.

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top