BM | EN | 中文

Exco Johor diminta turun padang pantau pencemaran Sungai Sembrong

adun-paloh-pantau-sg-sembrong.jpg
Advertisement

KLUANG, 9 JUN: Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan diminta turun padang dan mengambil tindakan pantas bagi memastikan isu pencemaran Sungai Sembong diselesaikan segera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, pencemaran yang berlaku mengakibatkan ribuan ikan dan udang mati yang menjadi punca pendapatan penduduk setempat terutamanya Orang Asli.

“Menurut pemimpin lokal komuniti orang asli, Tok Batin Yusri, pencemaran yang berlaku telah menyukarkan penduduk disitu.

Advertisement

“Penduduk kampung Orang Asli Sungai Peroh pada umumnya bergantung kepada hasil sungai sebagai sumber makanan.

“Pencemaran telah menyebabkan ikan serta udang mati, isinya menjadi beracun, kehilangan hasil tangkapan, bahkan sumber-sumber hijauan seperti ulam-ulaman di tebing sungai terganggu,” kata Sheikh Umar dalam satu kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan pencemaran di Sungai Sembrong dipercayai berpunca dari sisa kumbahan kilang sawit dan difahamkan, agensi-agensi berkaitan telah memulakan siasatan.

Advertisement

Susulan itu, pada 8 Jun Sheikh Umar telah mengadakan lawatan ke Sungai Sembrong yang tercemar dengan menaiki bot dan memantau sekitar 10 kilometer laluan sungai tersebut.

Beliau turut dimaklumkan oleh Rahamat M. Amin, Pengerusi MPKK Kampung Orang Asli Sungai Peroh yang juga penggerak Biro Adat Budaya Jabatan Pembangunan Orang Asli Johor, hasil tangkapan ikan serta udang menggunakan lukah dan gombang kebiasaannya boleh mencecah empat hingga enam kilogram sehari.

“Namun sejak pencemaran berlaku, lukah dan gombang hampir kosong. Jumlah hasil tangkapan amat menyedihkan meskipun ia sudah dipasang sejak seharian.

Advertisement

“Air sungai tidak lagi jernih,” ujarnya.

Justeru itu kataya pemantauan terhadap pematuhan garis panduan serta penguatkuasaan harus diperketatkan bagi sektor perindustrian, perladangan mahupun perkilangan yang dipercayai terlibat dengan pembuangan sisa kumbahan sehingga mengakibatkan pencemaran.

“Kerajaan negeri khususnya perlulah bersikap tegas.

Advertisement

“Kita tidak boleh berkompromi dengan sebarang aktiviti pencemaran yang boleh mengancam keseimbangan ekosistem serta kelestarian alam sekitar,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top