BM | EN | 中文

EXCO: JOHOR BERPOTENSI KEMBANG PELANCONGAN BERASASKAN FILEM

liow-cai-tung.jpeg
Advertisement

Oleh: Nabila Ahmad

JOHOR BAHRU, 3 SEPT: Iskandar Malaysia Studio, yang dahulunya dikenali sebagai Pinewood Iskandar kini sedang giat berbincang dengan beberapa kumpulan produksi antarabangsa untuk membuat sesi pengambaran filem di negeri Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung berkata, Tourism Malaysia telah membawa beberapa kumpulan penerbit dan pengarah dari Korea Selatan dan China ke Johor untuk mencari beberapa lokasi bagi sesi pengambaran.

Advertisement

“Pelancongan berasaskan penggambaran di Johor adalah sesuatu yang perlu diberikan perhatian.

“Contohnya beberapa adegan dalam filem Crazy Rich Asians, sebuah film komedi romantik daripada Amerika, dirakamkan di Pulau Rawa di Mersing,” katanya.

Liow berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas merasmikan program penutup Discovery Darul Ta’zim (DDT) yang dianjurkan bersempena dengan cuti sambutan Hari Kebangsaan Malaysia dan cuti Awal Muharram di negeri ini.

Advertisement

Acara berbentuk gabungan penjelajahan dan pencarian itu meliputi sepuluh buah daerah di negeri Johor bertujuan menerokai keunikan budaya dan pengalaman selain untuk mempromosi lagi destinasi eko-pelancongan, makanan dan warisan di negeri ini.

Sebanyak 14 kumpulan berjaya menamatkan pertandingan itu dengan setiap peserta diberi peluang menikmati keunikan negeri Johor.

Setiap kumpulan berpeluang menikmati makanan setempat, pengalaman menangkap ikan di Tangkak, makan cendol di Muar, membina dan menaiki rakit di Kluang, membuat keropok lekor dan mempersembahkan tarian capin Tenglu di Mersing dan sebagainya.

Advertisement

“Program seperti ini adalah salah satu dari 20 acara yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan (2020) dan Tourism Johor mengharapkan penyertaan yang lebih ramai terutamanya dari pelancong Singapura,” katanya.

Tambah Liow, acara DDT tahun ini merangkumi perjalanan sejauh 698km, dapat membuka mata peserta kepada pengalaman unik dan luar biasa, dan pihaknya berharap agar dapat lebih mempromosi lagi kecantikan di negeri ini.

“Pihak Tourism Johor mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dari Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Johor National Park, Persatuan Homestay Negeri Johor dan ramai lagi, terutamanya kepada SAJ Ranhill Sdn Bhd yang merupakan rakan kolaborasi kami,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top