BM | EN | 中文

Esok nikah, hari ini dapat rumah – bakal pengantin

PhotoGrid_1580550786021.jpg

Mohamad Masri Mohamad Ali,

Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 FEB: Seorang wanita yang bakal melangsungkan pernikahan esok tidak menyangka terpilih menerima Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) pada Majlis Pengundian Terbuka RMBJ C Apartment Cenderasari Taman Perbadanan Islam Larkin, yang berlangsung hari ini.

Penerima rumah itu, Siti Nur Risya Saharudin, 27, berkata, perasaanya bercampur gembira dan terharu kerana tidak menyangka akan menerima rezeki itu.

Siti Nur Risya Saharudin

“Gembira, sedih, tak sangka terpilih terima rumah ini sebab esok akan berlangsung majlis pernikahan saya, dapat rumah pula pada hari ini.

Advertisement

“Alhamdulillah proses permohonan saya tak lama kira-kira dua bulan sahaja. Permohonan saya dibuat selepas didorong makcik yang memaklumkan tentang rumah ini.

“Buat masa ini saya tinggal bersama adik beradik yang menyewa di pangsapuri Larkin selepas kematian mak dan ayah,” katanya yang memiliki empat orang adik beradik.

Majlis undian terbuka RMBJ itu disempurnakan Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Advertisement

Seorang lagi penerima, Mohamad Masri Mohamad Ali, 36, pula berkata, dia berasa amat bersyukur kerana setelah 10 tahun menyewa akhirnya dapat membawa anak dan isteri tinggal di kediaman sendiri.

“Syukur rezeki Allah. Sebelum ini saya tidak pernah memohon mana-mana kediaman dan ini adalah permohonan kali pertama saya.

“Selama ini saya menyewa di Taman Perling. Bila dapat tahu ada dibuka permohonan di sini saya terus mohon kerana dekat dengan tempat kerja,” katanya.

Advertisement

Tambahnya, dia memohon kediaman tersebut kira-kira sebulan yang lalu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top