BM | EN | 中文

“Entah ada entah tidak PN Johor PRU 15 nanti..”

Picture1.png

Adun Paloh, Sheikh 'Umar Bagharib Ali (kiri) dan Adun Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Cheman

Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 APR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor menjadi ‘mangsa keadaan’ percaturan politik di peringkat persekutuan sehingga menjadi ‘korban’ paling sadis apabila kehilangan kerusi Menteri Besar.

Dalam kenyataan bersama ADUN Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali dan ADUN Pulai Sebatang, Taqiuddin Che Man berkata, kedua wakil rakyat muda ini turut membangkitkan persoalan sama ada wujud Bersatu bersama gabungan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-15 nanti.

Mereka berkata, kehilangan kedudukan jawatan MB di Johor memberi implikasi besar terhadap percaturan dan peranan setiap parti di peringkat negeri.

Advertisement

“Dalam politik, kita boleh memahami bagaimana kedudukan MB sebagai ketua eksekutif amat signifikan dalam banyak hal yang secara tidak langsung memberi kesan kepada survival politik sesebuah parti.

“Justeru, apa perlunya bergolok-gadai di Johor untuk bercakap soal PN? Bahkan PN ‘entah ada entah tidak’ dalam PRU15 nanti, juga kita tidak pasti,” katanya.

Tambahnya, keputusan Presiden Bersatu, Tan Seri Muhyiddin Yassin merelakan Umno mengetuai kerajaan di Johor hakikatnya tidak memberi kekuatan kepada partinya sendiri.

Advertisement

“Jika kita ambil contoh tindakan Datuk Seri Mukhriz di Kedah, ia memberikan lebih kuasa dan ‘power of demand’ kepada Bersatu dalam PN yang sekadar merupakan kerjasama politik yang disifatkan sebagai ‘rapuh’ dan tidak memiliki halatuju kehadapan yang jelas.

“Apa yang terlihat sekarang, Umno terus mengambil kesempatan mengukuhkan kedudukan mereka pada saat ini.

“Langkah Tan Seri Muhyiddin Yassin dan rakan-rakan ‘Sheraton’ ibarat bonus yang mempercepatkan gerak kerja Umno untuk kembali ke tampuk kuasa yang pastinya mewariskan politik lapuk serta tidak berintegriti di segenap lapisan kepimpinannya termasuklah kerakusan ‘warlord’ di peringkat akar umbi,” tambah kenyataan tersebut.

Advertisement

PN tidak lahir dari ikatan kasih, setiakawan dan perjuangan bersama

Dalam kenyataan itu mereka menambah tidak ada apa yang istimewa dalam gabungan Perikatan Nasional, iaitu sama ada semangat setiakawan dan perjuangan bersama untuk mencapai kemenangan.

“Tidak ada ‘susah senang bersama’ dalam berjuang untuk pilihanraya. Paling penting, tidak ada mandat rakyat yang legit yang membolehkan PN berjalan tegak bermaruah pada ketika ini.

Advertisement

“Yang ada hanyalah episod ‘sailang’ demi survival politik atas seribu satu alasan yang diwujudkan untuk mengabsahkan tindakan yang dilakukan,” katanya lagi.

Sementara itu tambahnya lagi, pasca PRU-14 negara baru sahaja menjengah gerbang politik baru termasuk di Johor.

Katanya, dengan perkiraan kedudukan majoriti yang akan lebih kuat serta mendukung mandat diberikan rakyat dalam PRU14 lalu, Johor boleh ditadbir secara stabil serta pembangunan negeri dapat diberikan fokus sepenuhnya.

Advertisement

“PPBM sendiri parti yang baharu. PH juga adalah kolasi politik yang baharu. Namun kita tidak lemah untuk cepat belajar, menyesuaikan diri dan mengemukakan kepimpinan terbaik untuk masa depan negeri dan tanah air ini,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top