BM | EN | 中文

Enam tunggang basikal lajak di Johor Bahru ditahan

Enam-tunggang-basikal-lajak-di-Johor-Bahru-ditahan.jpg

Ganbar Hiasan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 FEB: Polis menahan enam remaja dan kanak-kanak berumur antara 12 dan 16 tahun kerana menunggang basikal lajak yang diubah suai, selain tidak mempunyai brek dan loceng di Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau, di sini, petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata polis mengeluarkan saman dan merampas basikal berkenaan susulan penahanan pada pukul 3.00 petang itu.

Beliau berkata Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS mengeluarkan 10 saman Pol 257 di bawah peraturan 42(1)(a) LN 166/59 dan kesemua basikal dirampas di bawah Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement

Katanya kesemua mereka dibenarkan pulang selepas ibu bapa masing-masing dipanggil oleh Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD JBS bagi tujuan dokumentasi.

“Ibu bapa mereka juga sudah dinasihati supaya mengambil tahu kegiatan anak-anak mereka ketika berada di luar rumah sebelum mereka dibenarkan pulang,” katanya menerusi kenyataan, di sini, pada Jumaat.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top