BM | EN | 中文

Enam sindiket judi atas talian tumpas hasil serbuan di 90 rumah kedai

ayob-khan-polis-johor-1.jpg

Gambar Ehsan Polis Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 OGOS: Polis menumpaskan enam sindiket Judi dalam talian hasil serbuan di 90 rumah kedai di seluruh negeri menerusi Op Dadu Khas sejak 15 hingga 31 Julai lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata serbuan turut menahan 118 individu berusia 19 hingga 58 tahun termasuk empat warga asing yang kesemuanya terdiri daripada penjaga premis dan pemain judi.

“Kita melihat modus operandi sindiket seperti ini akan sentiasa berubah-ubah untuk mengelak daripada dihidu polls. Oleh itu, kita akan meneruskan serbuan selain dalam masa sama meminta kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk membantu membanteras kegiatan judi dalam talian ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Advertisement

Ayob Khan berkata pihaknya turut merampas 125 telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah komputer, sebuah tablet serta wang tunai berjumlah RM20,184 dalam serbuan terbabit dan kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Beliau berkata 549 penjaga premis dan 156 pemain judi ditahan pihaknya menerusi 525 serbuan sejak 1 Jan hingga 31 Julai lepas manakala 74 daripada 244 permohonan yang dikemukakan kepada TNB bagi pemotongan bekalan elektrik telah diluluskan pihak itu, dalam tempoh sama.

“Bagi pembatalan lesen premis perniagaan pula, kita telah mengemukakan 224 permohonan kepada PBT dan hanya sembilan sahaja diluluskan dan dibatalkan lesen,” katanya lagi.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top