BM | EN | 中文

Enam senator angkat sumpah di Dewan Negara

enam-senator.png

Gambar Ehsan Malaysiakini

Advertisement

KUALA LUMPUR, 10 MAC: Enam orang senator mengangkat sumpah di Dewan Negara pagi tadi di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, V S Vigneswaran, susulan pelantikan mereka dalam kabinet.

Majlis angkat sumpah itu dimulakan dengan Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad (Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Hal Ehwal Agama) dan disusuli lima yang lain.

Mereka merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (Menteri Kewangan), Timbalan Presiden MCA Mah Hang Soon (timbalan menteri pendidikan I), naib presiden MCA Lim Ban Hong (timbalan menteri perdagangan antarabangsa).

Advertisement

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan turut mengangkat sumpah, Setiausaha Eksekutif BN Ahmad Masrizal Muhammad (Timbalan Menteri Alam Sekitar), Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa Armada Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Timbalan Menteri Belia dan Sukan).

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kabinetnya dan buat pertama kali dalam sejarah Malaysia tidak menamakan seorang timbalan perdana menteri.

Namun, empat orang menteri kanan dinamakan untuk membantu beliau menjalankan tugas perdana menteri.

Advertisement

Kabinet Muhyiddin memiliki 32 portfolio dan perdana menteri telah melantik 38 timbalan menteri. Tujuh kementerian mempunyai dua timbalan menteri.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top