BM | EN | 中文

ENAM SALIRAN PEMBETUNG DI BAWAH TAMBAK JOHOR AKAN DIBAIK PULIH – EXCO

tambak-johor-air-terawat-dari-singapura.jpg

Gambar Fail

Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 SEPT: Kerajaan Johor sedang mencari jalan untuk membaik pulih enam saliran pembetung di bawah Tambak Johor demi memastikan air di Selat Johor mengalir dengan baik.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohd Solihan Badri berkata tinjauan beliau bersama Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Aziz Abdullah hari ini mendapati dua daripada saliran pembetung masih berfungsi manakala empat yang lain sudah tertimbus di bawah satu kawasan kompleks penempatan pekerja.

“Jadi, kita (kerajaan negeri) akan mencari jalan untuk memperelokkan dua saliran pembetung itu manakala empat yang lain akan dibaik pulih.

Advertisement

“Kerajaan negeri akan cadang pihak-pihak berkenaan untuk memberi kerjasama dan mencari peruntukan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Graduasi Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Selatan) 2019, di sini semalam.

Beliau berkata kesemua saliran pembentung berkenaan di bawah selenggaraan pihak PLUS Malaysia Bhd.

“Anggaran bajet untuk kos membaik pulih ini belum ada, kita akan minta Jabatan Kerja Raya untuk menganggarkan bajetnya. Secara rasminya kita selesaikan peringkat negeri dahulu sebelum bawa hal ini ke peringkat pusat untuk tindakan lanjut,” katanya, lapor Bernama.

Advertisement

Menurut Mohd Solihan, usaha membaik pulih saliran pembetung itu perlu dilakukan bagi memastikan pengaliran air yang baik di kedua-dua belah Tambak Johor sekali gus mengatasi pencemaran di Selat Johor lebih-lebih lagi ekoran kematian ribuan ikan di Pantai Lido, baru-baru ini.

“Namun, hasil lawatan kami tadi, saya tidak mendapati ada bau keracunan malah air laut di kiri dan kanan Tambak Johor berkeadaan baik. Mungkin masalah pencemaran ini dari sungai-sungai yang mengalir ke kawasan laut terutamanya berhampiran Pantai Lido,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top