BM | EN | 中文

Enam remaja samseng jalanan ditahan di Pasir Gudang

PDRM-polis-tangkapan-jenayah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 OGOS: Keseronokan enam remaja melakukan aksi bahaya di jalan raya tidak bertahan lama apabila kesemua mereka ditahan dalam satu Operasi Samseng Jalanan di sekitar Taman Scientex, Pasir Gudang, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor Supt M. Kumarasan berkata kesemua remaja berusia 13 hingga 16 tahun itu ditahan ‘oleh Team Skuad 42’ JSPT yang terdiri daripada seorang pegawai dan 10 anggota pada jam 5 petang.

Beliau berkata hasil maklumat dan risikan mendapati lokasi berkenaan menjadi tempat bagi golongan remaja melakukan aksi-aksi berbahaya seperti ‘wheelie’ dan ‘zig zag’ pada waktu petang.

Advertisement

“Menerusi operasi ini, sebanyak enam saman melibatkan17 kesalahan telah dikeluarkan terhadap enam remaja itu serta lima buah motosikal turut disita untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, di sini, kelmarin.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top