BM | EN | 中文

ENAM PPS MASIH DIBUKA SEHINGGA PAGI INI

logo-1-1-e1565732340386.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 OKT : Jumlah mangsa banjir dan ribut ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah kekal seramai 176 mangsa dari 46 keluarga sehingga jam 8 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, di Kulai, PPS Masjid Al Muhajrin Kampung Melayu Bukit Batu menempatkan 64 mangsa dari 14 keluarga.

Sementara PPS surau Kampung Sungai Siam menempatkan 17 mangsa dari lima keluarga.

Advertisement

Bagi daerah Kluang, PPS balairaya Kampung Parit Haji Hashim menempatkan dua mangsa dari dua keluarga.

“Di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kampung Renggam seramai 51 mangsa dari 15 keluarga dipindahkan. Di SK Sungai Linau pula 26 mangsa dari tujuh keluarga ditempatkan di PPS berkenaan,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mangsa ribut di Batu Pahat masih ditempatkan di PPS SK Sungai Kajang dengan jumlah mangsa yang sama iaitu 16 mangsa dari tiga keluarga.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top