BM | EN | 中文

ENAM PERKARA UTAMA KAJISELIDIK BELANJAWAN JOHOR 2020

awani-02.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 NOV: Kerajaan negeri memberi keutamaan kepada enam perkara berdasarkan maklumbalas orang ramai berhubung Belanjawan Johor 2020, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia, Dzulkefly Ahmad.

Katanya, enam perkara dari dapatan kaji selidik itu adalah isu kesejahteraan rakyat, isu kemampanan ekonomi dan alam sekitar, pendidikan dan modal insan, urustadbir cekap dan berintegriti selain infrastruktur.

Menurut Dzulkefly, sebanyak 2.069 maklumbalas dari orang ramai diterima melalui portal kerajaan Johor mulai pertengahan tahun ini.

Advertisement

“Kita sudah kategorikan dan kita dapati yang paling mendapat keprihatinan terhadap (Belanjawan) Johor ialah kesejahteraan rakyat dan kemampanan ekonomi.

“Maknanya (keprihatinan) adalah perkara yang berkaitan dengan kehidupan mereka.

“Kita juga telah mengadakan pelbagai sesi perbincangan di peringkat Exco dan jawatankuasa masing-masing bersama dengan agensi mereka.

Advertisement

“Kita tukarkan dalam bentuk peruntukan, kita lalui lagi proses dan akhirnya kepada peringkat penulisan (Belanjawan),” kata Dzulkefly pada wawancara bersama Astro Awani, pagi ini.

Katanya belanjawan kali kedua kerajaan Pakatan Harapan negeri Johor memberi tumpuan bagi usaha mensejahterakan rakyat.

Tambah Dzulkefly, kerajaan Johor lebih bersedia kali ini dalam persediaan pembentangan Belanjawan Johor 2020, benbading tahun lalu.

Advertisement

“Kita dapat maklumbalas baik. Kita betul-betul tangani isu rakyat yang perlu diberikan perhatian.

“Inilah keseluruhan poses yang kita lalui sepanjang tahun ini bermula pertengahan tahun,’ kata Dzukefly.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top