BM | EN | 中文

ENAM NEGARA BERENTAP REBUT PIALA SULTAN JOHOR 2019

Piala-Sultan-Johor-2019-Kejohanan-Hoki-Antarabangsa-Bawah-21.jpg
Advertisement

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal menyampaikan cek tajaan kepada Dennis Muhammad

JOHOR BAHRU, 12 SEPT: Enam negara termasuk Malaysia bakal berentap bagi merebut Piala Sultan Johor 2019 pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun.

Dennis Muhammad menyempurnakan gimik perasmian

Selain Malaysia, negara-negara lain yang mengambil bahagian ialah Australia, Great Britain, India, Jepun dan New Zealand pada kejohanan itu yang akan bermula pada 12 Oktober depan di Stadium Hoki Taman Daya, di sini.

Advertisement

Majlis pelancaran kejohanan yang memasuki edisi kesembilan itu disempurnakan oleh suami Tunku Tun Aminah, Datuk Dennis Muhammad Abdullah selaku wakil rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Hotel Puteri Pacific, di sini, hari ini.

Beliau turut berkenan menerima replika cek tajaan kejohanan daripada para penaja yang mana kejohanan itu menerima tajaan keseluruhan sebanyak 3.4 juta daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Menteri Besar, Datuk Sahruddin Jamal berkata, kejohanan ini telah menjadi tempat untuk melahirkan pemain-pemain hebat yang mewarnai kancah sukan hoki di peringkat antarabangsa.

Advertisement

“Kejohanan ini telah berjaya melahirkan bakat-bakat hebat dalam sukan hoki negara seperti Faizal Shaari, Fitri Shaari, Muhammad Najli Farizal Jazlan, Muhammad Amirol Aideed Mohd Arshad dan Nik Muhammad Nik Rozemi.

“Kesemua nama yang saya sebutkan tadi, adalah antara pemain kebangsaan yang pernah beraksi dalam Piala Sultan Johor dan sudah berjaya menempa nama dalam skuad senior. Malah ramai lagi pemain yang sudah mencipta nama dari kejohanan ini.

“Begitu juga dengan pemain New Zealand seperti Mac Wilcox dan David Brydon yang pernah beraksi dalam kejohanan ini pada tahun 2016 di mana setahun selepas itu, mereka diserap masuk ke skuad senior “Black Stick”,” katanya.

Advertisement

Beliau mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur iaitu Persatuan Hoki Johor (JHA) dan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) di atas kesungguhan dan kejayaan untuk meneruskan penganjuran kejohanan hoki yang bertaraf dunia ini.

“Saya sangat berterima kasih kepada para penaja yang terus mempercayai JHA dan kejohanan ini melalui sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan.

“Saya berharap sokongan ini akan terus berpanjangan dalam usaha meletakkan Johor dalam peta hoki dunia,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top