JOHOR BAHRU, 22 JAN: Enam kenderaan beserta tiga buah basikal musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di Jalan Cantik 7, Taman Pelangi Indah, di sini awal pagi hari ini.
Komander Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Kilok Anak Lampas memberitahu, kebakaran yang berlaku itu melibatkan sebuah pondok meletak kenderaan.
Katanya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 4.35 pagi.
“Setibanya di lokasi, didapati sebuah pondok meletak kenderaan telah terbakar hampir keseluruhan.
“Antara kenderaan yang musnah dalam kebakaran itu termasuklah sebuah kereta Mercedes, dua buah van, tiga buah motosikal dan tiga buah basikal,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau turut memaklumkan operasi berkenaan ditamatkan pada jam 5.46 pagi.
Johorkini