BM | EN | 中文

ENAM INISIATIF TANGANI KOS SARA HIDUP RAKYAT JOHOR

IMG-20191121-WA0022.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 21 NOV : Sebanyak enam inisiatif dibentangkan dalam usaha untuk menangani kos sara hidup yang menjadi agenda utama kerajaan negeri dalam Belanjawan Johor 2020.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, inisiatif pertama, kerajaan negeri dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan menambah sebanyak 10 pasar tani baharu melibatkan semua daerah di negeri Johor yang menjanjikan tawaran harga barangan lebih murah.

“Dengan pertambahan tersebut, bilangan pasar tani di seluruh negeri Johor akan meningkat dari 57 kepada 67 lokasi. Ini sekali gus meningkatkan bilangan usahawan tani dan kemakmuran sosioekonomi di Johor.

Advertisement

“Inisiatif kedua, kerajaan negeri akan meneruskan program bantuan khas kepada nelayan di mana setiap nelayan mendapat RM1,000 bagi meringankan kos sara hidup nelayan persisir pantai di kawasan Selatan Johor yang terkesan akibat projek pembangunan dijalankan di persisir Selat Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Johor 2020 pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan 2020) Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Ke-14, di sini hari ini.

Tambahnya, bagi inisiatif ketiga sebanyak RM1juta diperuntukan untuk mengurangkan kos sara hidup di kawasan bandar.

Advertisement

Peruntukan menerusi Jabatan Pertanian, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) itu bagi menggalakkan aktiviti pertanian bandar dalam kerangka memperkasa gagasan revolusi hijau.

“Inisiatif keempat, kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menganjurkan Karnival Jualan Mega Johor dengan peruntukan sebanyak RM800,000.

“Karnival ini berkonsepkan jualan terus dari kilang bagi tujuan memberi peluang kepada rakyat memberi barangan dengan harga lebih murah dan berpatutan disamping menggalakkan kempen membeli produk buatan Malaysia,” katanya.

Advertisement

Dr Sahruddin berkata, kerajaan negeri akan memperluaskan perlaksanaan program bank makanan di seluruh negeri Johor dengan peruntukan sebanyak RM600,000 bagi inisiatif kelima.

Katanya, program itu bertujuan untuk membekalkan makanan keperluan harian kepada golongan B40 yang amat memerlukan khususnya dikalangan penerima bantuan e-kasih, asnaf zakat dan penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara bagi inisiatif keenam, beliau berkata, kerajaan negeri komited untuk meneruskan pelbagai inisiatif di bawah akujanji Pakatan Harapan (PH) seperti mana yang telah dilaksanakan pada tahun ini.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top