BM | EN | 中文

Enam ditahan terlibat kes samun dan datangkan kecederaan di Ulu Tiram

PDRM-polis-tangkapan-jenayah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 JAN: Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita warga tempatan dipercayai terlibat dalam kejadian samun dan mendatangkan kecederaan kepada seorang mangsa di sebuah kedai runcit di kawasan Ulu Tiram, dekat sini, Jumaat lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam DSP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata kesemua suspek berusia dalam lingkungan 21 hingga 40 tahun itu ditahan sekitar pukul 1 hingga 6 pagi tadi menerusi beberapa siri serbuan dan pemeriksaan di empat buah rumah di kawasan Taman Desa Tebrau, Masai dan Pasir Gudang.

“Bertindak atas maklumat risikan dan perkembangan siasatan kes, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam telah berjaya menahan lima orang lelaki dan seorang perempuan warga tempatan.

Advertisement

Menerusi serbuan tersebut, polis turut berjaya menjumpai dan merampas pelbagai barang kes untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataaan semalam.

Shahrulanuar berkata saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Selain itu katanya, kesemua suspek juga didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah dan dadah serta dua orang suspek juga dikehendaki oleh pihak polis untuk siasatan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada tahun 2016 dan 2017.

Advertisement

Menurutnya kes melibatkan enam suspek itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja menyebabkan cedera semasa melakukan samun dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

“Tindakan susulan polis melalui kesemua suspek ini telah berjaya menemui semula barang kes kejadian samun tersebut iaitu dua buah telefon bimbit milik mangsa.

Turut berjaya dirampas adalah pakaian dan kelengkapan diri suspek semasa melakukan kes berkenaan selain menjumpai semula sebuah motosikal yang telah dipasang nombor pendaftaran palsu yang mana siasatan lanjut mendapati motorsikal terbabit dilaporkan hilang pada hari kejadian,” katanya.

Advertisement

Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencuri sebuah kenderaan motor dan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda boleh dikenakan jika sabit kesalahan.

Kesemua suspek akan direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut kes terbabit selain mengenal pasti dan menyelesaikan kes-kes lain yang mungkin turut melibatkan kumpulan berkenaan.

Pada kejadian kira-kira 6 pagi, 15 Jan lepas seorang lelaki yang merupakan pekerja kedai runcit telah disamun ketika berada di dalam kedai berkenaan yang terletak di Ulu Tiram, menyebabkan mangsa yang berusia 22 cedera di kepala akibat terkena parang yang digunakan ketika samun.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top