BM | EN | 中文

ENAM BULAN PERTAMA 2020 DIDIK MASYARAKAT ELAK GUNA POLISTERIN

IMG-20191123-WA0008.jpg
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 23 NOV: Kerajaan Johor akan melaksanakan inisiatif menghindari penggunaan bekas makanan dan minuman polisterina dan penyedut minuman plastik bermula tahun 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon, berkata langkah itu terkandung dalam inisiatif rendah karbon yang digariskan Majlis Rendah Karbon Johor yang perlu dilaksanakan semua pihak berkuasa tempatan (PBT).

Advertisement

“Dasar ini akan dimulai pada Januari 2020, dengan enam bulan pertama adalah tempoh pendidikan dan penguatkuasaan akan dilaksanakan bermulai Julai 2020.

“Hindari penggunaan barangan polisterina termasuk bekas makanan dan minuman, namun ia tidak melibatkan pengharaman penyedut plastik.

“Dasar tersebut akan menentukan penyedut minuman hanya boleh diberi oleh premis atas permintaan daripada pelanggan, dan bukan diberikan secara ‘automatik’, kata Chen Choon dalam satu kenyataan semalam.

Advertisement

Tambahnya, tempoh pendidikan kepada masyarakat akan dimulakan awal tahun depan sehingga Jun 2020 dan penguatkuasaan penuh akan dilaksanakan bermula Julai 2020.

Kelmarin, ketika membentangkan Belanjawan Johor 2020, Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal, berkata kerajaan negeri akan melaksanakan lima inisiatif rendah karbon mulai 2020.

Sementara itu, dalam agenda mengurangkan pelepasan karbon, PBT Pengerang akan melaksanakan inisiatif menggalakkan para pelabur membawa pelaburan berorientasikan teknologi atau infrastruktur yang berasaskan penggunaan kenderaan elektrik.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top