BM | EN | 中文

Enam bot nelayan China ditahan, ceroboh perairan Malaysia dekat Pengerang

Enam-bot-nelayan-China-ditahan-ceroboh-perairan-Malaysia-dekat-Pengerang.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 OKT: Enam bot nelayan asing ditahan di perairan Johor Timur, semalam, kerana didapati memasuki perairan negara ini tanpa kebenaran.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili Kapten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata penahanan dilakukan pada kira-kira 9 pagi menerusi Op Jaksa/Op Benteng Laut, selepas pihaknya menerima maklumat percerobohan daripada Lembaga Pelabuhan Johor.

“Tiga daripada bot itu ditahan sewaktu sedang merapat antara satu sama lain di kedudukan 2.1 batu nautika selatan Tanjung Setapa, di Pengerang dekat Kota Tinggi, manakala tiga lagi ditahan di kedudukan 2.3 batu nautika kawasan sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Advertisement

Mohd Zulfadli berkata pemeriksaan lanjut kemudian mendapati semua bot terbabit didaftarkan di Qinhuangdoa, China dan dikendalikan oleh enam nakhoda dan 54 kru warga China berumur lingkungan 31 hingga 60 tahun.

Menurutnya, kesemua bot berkenaan dipercayai sedang menuju ke Mauritania untuk menangkap ikan dan berhenti berlabuh di perairan negara kerana ada antara bot itu mengalami kerosakan tetapi malangnya ia tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran untuk berlabuh di kawasan itu daripada Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia dan Lembaga Pelabuhan Johor.

Berikutan itu, enam nakhoda bot telah dibawa ke pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili di Kota Tinggi untuk tindakan lanjut, katanya.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top