BM | EN | 中文

Empat unit kedai di Permas Jaya terbakar

IMG-20200217-WA0023.jpg

Empat unit bangunan kedai empat tingkat di Taman Permas Jaya di sini yang terbakar, kelmarin.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 FEB: Sebanyak empat unit bangunan kedai empat tingkat di Taman Permas Jaya di sini musnah dalam satu kebakaran, petang kelmarin.

Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba II Tahrin Saat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.09 petang.

Menurutnya, satu jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Johor Jaya dibantu satu jentera, satu kenderaan EMRS dari BBP Tebrau dan bantuan dari BBP Larkin dengan kekuatan keseluruhan 28 orang dihantar ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Setibanya pasukan dilokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan empat unit bangunan kedai empat tingkat jenis kekal di mana kebakaran berlaku ditingkat dua, tiga dan empat.

“Kesan kebakaran telah memusnahkan 40 peratus daripada keseluruhan bangunan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top