BM | EN | 中文

EMPAT TRAILER TERBAKAR BERDEKATAN TOL AYER HITAM

trailer-terbakar.jpg
Advertisement

KLUANG, 18 OKT: Empat buah trailer terbakar hampir keseluruhannya di kawasan meletakkan kenderaan di Tol Ayer Hitam di Jalan Kluang, di sini.

Menurut Pegawai Operasi Balai Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan II Zakaria Mohamed, kesemua trailer musnah 70 peratus ketika kejadian yang berlaku pada jam lebih kurang 11.19 malam, semalam.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran membabitkan empat buah trailer jenis Scania tersebut dan sembilan anggota bergegas ke tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Advertisement

Tambahnya lagi, operasi pemadaman mengambil masa lebih dari satu jam, manakala tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Operasi tamat lebih kurang pada 12.31 pagi, hari ini, dan punca serta anggaran kebakaran masih dalam siasatan,” katanya lagi.

 

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top