BM | EN | 中文

EMPAT TERSELAMAT BILIK TIDUR TERBAKAR

kebakaran-rumah-2.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 NOV : Empat mangsa terselamat selepas bilik tidur sebuah rumah teres di Jalan Pulai Jaya 22, Taman Pulai Jaya, di sini, terbakar dalam kejadian pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Skudai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Riduan Akhyar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 11.36 pagi.

“Seramai lapan anggota dari BBP Skudai turut dibantu enam anggota dari BBP Bandar Baru Kulai bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan kerja menyelamat.

Advertisement

“Kebakaran melibatkan ruangan bilik tidur yang berukuran 12 kaki x 8 kaki persegi di sebuah rumah teres satu tingkat jenis kekal yang terbakar 90 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan di mana mereka yang berada di rumah berkenaan iaitu seorang wanita dewasa dan tiga kanak-kanak selamat dalam kejadian itu.

Advertisement

Jelasnya, siasatan lanjut masih dilakukan untuk mengenal pasti punca kebakaran serta anggaran kerugian dan operasi ditamatkan pada jam 1.04 petang tadi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top