BM | EN | 中文

EMPAT REMAJA LELAKI DICEKUP KERANA LUMBA HARAM

lumba-haram.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 SEPT : Empat remaja lelaki ditahan kerana dipercayai terlibat dengan perlumbaan haram di KM 18 Jalan Johor Bahru-Pontian, awal pagi tadi.

Kesemua mereka ditahan menerusi Ops Samseng Jalanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU) antara jam 12.01 hingga 4 pagi.

Ketua Polis Daerah JBU, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, 14 motosikal yang berada di lokasi tersebut yang diketahui terlibat dalam lumba haram turut disita.

Advertisement

Menurutnya, sejumlah 28 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dibawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ).

“Semasa operasi dijalankan telah nampak beberapa buah motosikal sedang memecut dengan kelajuan tinggi bermula daripada KM 18 sehingga KM 20 dalam jarak lebih kurang 300 meter dan melakukan aksi yang sama sebanyak tiga kali.

“Kemudian motosikal dan penunggang  yang telah dikenalpasti telah berhenti berkumpul di KM 18.

Advertisement

“Tangkapan telah dibuat ke atas empat remaja lelaki itu dan menyita 14 motosikal yang berada di lokasi tersebut yang diketahui terlibat dalam lumba haram,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Taib berkata, kesemua mereka yang ditahan adalah penunggang yang memandu pada kelajuan yang tinggi dan merbahaya kepada pengguna jalanraya yang lain.

“Tangkapan dibuat mengikut Seksyen 81(3) APJ 1987,” katanya.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top