BM | EN | 中文

EMPAT PUKAT SORONG DIRAMPAS DI PERAIRAN AYER BALOI

pukat-rawa-sorong.jpg

Empat pukat rawa sorong yang dirampas APMM ZM Batu Pahat ketika menjalankan rondaan diperairan Ayer Baloi,

Advertisement

BATU PAHAT, 12 OKT : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim (ZM) Batu Pahat merampas empat pukat rawa sorong semasa menjalankan rondaan diperairan Ayer Baloi, Selasa lalu.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman berkata, Maritim Malaysia sering kali menerima rungutan dari nelayan tempatan mengenai pencerobohan bot-bot pukat sorong di kawasan sekitar.

“Semasa rondaan diadakan, aset yang terlibat telah berjaya mengesan empat bot yang mencurigakan sekitar perairan Ayer Baloi kira-kira jam 3 petang.

Advertisement

“Dimana bot tersebut cuba meloloskan diri dengan menuju pantai berdekatan dan meninggalkan peralatan menangkap ikan.

“Hasil dari pemeriksaan dikawasan berkenaan telah menemukan empat buah pukat sorong yang ditinggalkan pemilik bot berkenaan,”katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pukat sorong berkenaan dirampas dan dibawa ke jeti ZM Batu Pahat seterusnya diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya manakala kes disiasat bawah Akta perikanan 1985.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top