BM | EN | 中文

Empat persatuan kontraktor bumiputera Johor tuntut kerajaan kaji pemberian kerja

Empat-persatuan-kontraktor-bumiputera-Johor-tuntut-kerajaan-kaji-pemberian-kerja.jpeg

Mahmood Amir (dua kiri) menandatangani MoU antara PKMM Johor, PERKOBF, PKNF dan PKBM sambil disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri Senggarang, Khairuddin A. Rahim (tengah) di Hotel Sri Malaysia di Johor Bahru (Gambar Ehsan Utusan Online)

Advertisement

Empat persatuan kontraktor bumiputera Johor tuntut kerajaan kaji pemberian kerja

JOHOR BAHRU, 19 NOV: Empat persatuan kontraktor bumiputera di negeri ini menuntut kerajaan supaya mengkaji semula pemberian kerja penyelenggaraan jalan dan bangunan kepada konsesi secara adil.

Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Johor, Mahmood Amir berkata, pembahagian tender secara tidak adil kepada konsesi juga memberi kesan kepada kontraktor kecil yang terbabit dalam projek pembinaan dan pembaikan infrastruktur.

Advertisement

Katanya, pihaknya turut meminta pemberian kerja dan bayaran itu mestilah yang dipersetujui secara bersama memandangkan kebanyakan konsesi mempunyai hubungan baik dengan pihak tertentu dalam soal mendapat projek.

“Apabila konsesi dapat projek daripada kerajaan, dia bagi kos sebut harga dan guna pekerjanya dengan harga yang lebih murah. Pada masa sama, kerajaan pun ada agensi yang mengawal selia projek tertentu. Apa guna agensi terbabit?

“Sekarang, kerajaan melantik pula konsultan bagi memantau, ini berlaku pertindihan dan membuang duit sahaja. Secara dasarnya kita menganggap kerajaan memberi 20 peratus kepada konsesi sedangkan cara pemberiannya tidak seimbang.

Advertisement

“Menjadi konsesi ini sebenarnya yang melaksanakan kerja itu adalah kontraktor kecil seperti G1, G2 dan G3. Kami ini keluar modal. Dan cuma bezanya konsesi ini mereka ada hubungan baik dengan pihak tertentu,” katanya, lapor Utusan Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PKMM Johor, Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (PERKOBF) Johor, Persatuan Kontraktor Kelas F Batu Pahat (PKKF) dan Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) Johor, di sini, Rabu lalu.

Dalam pada itu, Mahmood berkata, pelantikan syarikat tertentu sebagai konsesi perlu telus serta adil dan bukanlah bersikap pilih kasih hingga ada memonopoli tugas tersebut sehingga bertahun-tahun lamanya.

Advertisement

“Peranan konsesi ini seperti posmen sahaja, dapat projek dari kerajaan dan serahkan kepada kontraktor dalam masa sama mereka untung atas angin sahaja.

“Tidak ada apa yang istimewa tentang syarikat dilantik, mana-mana kontraktor kelas F dan persatuan kontraktor pun boleh dilantik jadi konsesi.
“Cukup-cukuplah kenyangkan pihak tertentu sahaja, berilah peluang kepada orang lain,” ujarnya.

Beliau berkata, MoU yang dimeterai tersebut turut menuntut pihak kerajaan melaksanakan pemberian kerja sama ada secara undi, sebut harga atau tender kepada kontraktor G1 hingga G7.

Advertisement

“Inisiatif ini bagi memperjuangkan hak kontraktor bumiputera sepertimana terkandung dalam perlembagaan persekutuan,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top