BM | EN | 中文

Empat penyamun jalanan diberkas

dzulhairi-1.jpg

Dzulkhairi pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, hari ini.

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 8 JAN : Empat penyamun jalanan berjaya diberkas semalam selepas melakukan beberapa jenayah samun di daerah ini termasuklah menyamun kenderaan grab.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pada 5 Januari lalu kumpulan berkenaan telah melakukan samun ke atas sebuah kereta grab jenis Volkswagen Polo dipandu seorang lelaki pada jam 11 malam di kawasan Tun Aminah.

Katanya, suspek kemudian melakukan samun terhadap beg tangan milik seorang perempuan berusia 36 tahun di Bandar Baru Uda pada jam 4.30 petang semalam seperti mana tular di media sosial.

Advertisement

Manakala, kejadian ketiga, kumpulan itu telah melakukan samun di sebuah salon di Taman Bukit Indah pada jam 7.30 malam hari yang sama.

“Semasa kejadian terdapat tiga pekerja di salon berkenaan di mana salah seorang suspek telah masuk ke kedai itu berpura-pura bertanya kos untuk mewarnakan rambut.

“Suspek kemudian keluar dan masuk semula ke kedai dengan dua rakan dengan membawa pedang samurai dan terus melakukan samun di kedai berkenaan juga ke atas dua orang pelanggan yang ada dan anggaran kerugian RM4,200.

Advertisement

“Bertindak atas maklumat kita telah lancarkan ops kesan sebelum berjaya terserempak dengan suspek yang menaiki Volkswagen Polo di hadapan kedai makan kawasan Pandan dan terus membuat tangkapan,” katanya kepada wartawan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, hari ini.

Tambahnya, pemeriksaan dalam kereta telah  menjumpai barang-barang hasil samun dilakukan kumpulan itu.

Jelasnya, hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua tangkapan berusia 19 hingga 22 tahun itu positif dadah.

Advertisement

“Kita percaya suspek merupakan penyamun jalanan yang baru sahaja berjinak-jinak dengan jenayah.

“Setakat ini dua daripada empat suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan reman terdapat suspek bermula hari ini sehingga 13 Januari untuk siasatan selanjutnya di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top