BM | EN | 中文

Empat pendaki hilang selamat ditemui

IMG-20200126-WA0011.jpg
Advertisement

KLUANG, 26 JAN: Empat pendaki yang dilaporkan sesat semasa mendaki Gunung Lambak, di sini, ditemui selamat malam tadi.

Menurut pegawai operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Pegawai Bomba Kanan II Badrulhisyam Loi Abdullah, keempat-empat mangsa ditemui pada jam 8.20 malam.

“Mangsa yang terdiri dari tiga lelaki berumur antara 15 tahun hingga 42 tahun dan seorang perempuan berumur 17 tahun dijumpai dalam keadaan selamat.

Advertisement

“Semua mangsa telah dijumpai pihak bomba pada ketinggian 1,200 kaki dan dibawa turun ke kaki gunung pada malam itu juga,” katanya.

Menurut Badrulhisyam lagi, kesemua mangsa datang ke gunung berkenaan bersama empat lagi rakan mereka yang turut turun ke kaki gunung itu, malam itu juga.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top