BM | EN | 中文

Lima pekerja rentung akibat kebakaran di Pengerang

IMG-20200316-WA0003.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 16 MAC: Lima pekerja maut akibat rentung manakala seorang lagi cedera melecur selepas terlibat dalam kebakaran di unit Diesel Hydro Treater di Pengerang, dekat sini, malam tadi.

Komander Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Pauzan Ahmad berkata, kejadian itu turut melibatkan seorang lagi mangsa yang selamat.

“Kejadian itu melibatkan seramai tujuh pekerja, dimana lima daripadanya ditemui rentung, seorang cedera melecur 40 peratus di badannya dan seorang selamat.

Advertisement

“Setakat jam 11.15 pagi ini, operasi masih dijalankan membabitkan seramai 33 anggota JBPM dengan sembilan jentera dan dibantu 37 anggota Central Emergency & Fire Services (CEFS) Pengerang beserta lapan jentera,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top